Saturday, February 21, 2009

Keindahan Karangan

Penulisan karangan yang menarik dapat dilihat dari aspek penggunaan unsur keindahan. Unsur keindahan ini ada dua, iaitu:
a. penggunaan frasa indah dan
b. penggunaan peribahasa dan slogan

Pelajar hendaklah tahu kesesuaian penggunaan unsur keindahan ini. Unsur keindahan tidak boleh digunakan sembarangan.

Frasa-frasa indah seperti penggunaan konotatif,personafikasi, metafora atau perlambangan sesuai untuk penulisan kreatif seperti cerpen, gambaran keperihalan atau novel. Malah penulisan kreatif ini juga sesuai dengan penggunaan peribahasa atau slogan. Penggunaan frasa indah tidak boleh digunakan dalam penulisan karangan jenis esei akademik seperti karangan perbincangan,rencana, komen dan seumpamanya.

Untuk karangan jenis penulisan akademik seperti perbincangan, rencana, komen dan seumpamanya, unsur keindahan yang boleh digunakan sama ada peribahasa atau slogan. Penggunaan frasa indah dalam karangan jenis ini tidak sesuai kerana boleh mengganggu sifat dan maksud karangan yang ditulis. Sebenarnya, unsur keindahan dalam karangan jenis penulisan akademik ini juga dapat dihasilkan dengan pendekatan yang digunakan dalam pengolahan idea/isi seperti deduktif, induktif dan eklektif.

Sekian.

No comments: