Monday, April 6, 2009

ILMU Mengarang

Assalamualaikum.

Penulisan karangan bukanlah dengan cara membuat latihan menerusi tiru salin model-model karangan. Sebaliknya, penulisan karangan hendaklah dilalui dengan mempelajari ilmu mengarang dan membuat latihan berdasarkan ilmu mengarang tersebut.

Antara komponen penting dalam ilmu mengarang ialah :
a. mengenali topik perbincangan
b. menentukan skop perbincangan bagi tujuan menjana idea/isi dan mengolah idea/isi
c. mengolah pendahuluan mengikut jenisnya
d. mengolah idea/isi untuk karangan secara deduktif, induktif dan eklektif.
e. mengolah penutup fakta karangan sama ada penutup fakta jenis harapan, cadangan atau komprehensif.
f. membina struktur karangan mengikut format yang ada.

Selepas menguasai ilmu mengarang ini, barulah dilakukan latihan penulisan karangan bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan.

Oleh hal demikian, penulisan karangan yang dilakukan tanpa ilmu mengarang memang kurang berkesan dalam melahirkan murid yang mahir menulis karangan secara berkesan. Menerusi ilmu mengarang, murid sendiri tahu mengapakah karangan mereka diberikan markah tinggi atau sebaliknya. Jika mengarang berdasarkan proses tiru salin dan latihan yang banyak tanpa ilmu mengarang, murid sendiri tidak tahu mengapakah karangannya mendapat markah yang tinggi. Yang diketahui berkaitan karangannya ialah betul struktur ayat, betul ejaan dan tanda bacanya.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, Tuan Azam. tahniah kerana menjadi guru cemerlang yang hebat dan terbilang. Saya baru nak buat Phd dalam bidang penulisan karangan menggunakan pendekatan proses. mungkin kita boleh bertukar maklumat dan idea.
tolong letak e-mail tuan dalam blog tuan untuk saya hubungi.

ajamsariah said...

Terima kasih melayari blog saya tapi siapakah tuan?
emel saya: ajasariah@yahoo.com.my
Saya doakan saudara/i berjaya dalam usaha meningkatkan pelajaran.
Sekian.