Sunday, September 13, 2009

Transformasi Penulisan Bahasa Malaysia SPM

Assalamualaikum.
Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana pada bulan Ramadan al Mubaraq ini telah diizinkan-Nya buku Transformasi Penulisan Bahasa Malaysia SPM berada dalam pasaran. Buku ini telah diterbitkan oleh Pelangi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Malaysia.

Buku ini adalah usaha sama saya dengan rakan-rakan yang berwibawa dalam P&P Bahasa Melayu, iaitu Cikgu Azizul Rahman Abdul Rahman (GC BM Gred Khas C Johor) dan Datin Mariam Mehad (GC BM Gred Khas C Pahang).

Memang buku ini adalah untuk terbitan tahun 2010 tetapi atas kepentingan murid SPM 2009, buku ini telah digesa agar dikeluarkan untuk tahun ini juga. Buku ini merupakan satu bimbingan komprehensif. Semoga buku ini bermanfaat kepada guru-guru Bahasa Melayu dan murid-murid sekalian.


Pada mereka yang ingin mendapatkan buku ini tetapi tidak terdapat di kedai buku berdekatan bolehlah berhubung terus dengan Puan Norlia Mohamed Sap, Editor Kanan Pelangi Sdn. Bhd. di talian telefon 07 3316288 atau 07 3329201.

Sekian dan terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

salam...ada tak gambaran buku transformasi penulisan bahasa malaysia spm dlm blog ni