Bersyukur kita atas kesempatan yang diberikan-Nya, iaitu dapat kita menempuh tahun 2010. Sehubungan dengan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua guru dan murid.
Awal tahun 2010 ini lebih baik untuk kita menetapkan dan mengenal pasti azam dan cita-cita kita. Semoga pengenalpastian azam dan cita-cita pada awal tahun 2010 memberikan kita hala tuju yang jelas untuk kita meniti hari-hari sepanjang tahun 2010. Akhirnya, insyaallah kita berjaya mencapai azam dan cita-cita tersebut pada akhir tahun 2010 nanti.
Memasuki tahun 2010, bermakna kita akan melangkah sesi persekolahan setelah lama bercuti. Moga sebelum melangkah sesi baru persekolahan, guru dan murid dapat memperbaharui semangat. Buangkan sahaja segala semangat dan sikap yang negatif tahun 2009 yang lalu. Hadapi tahun 2010 dengan suatu semangat dan sikap yang baru dan positif kelak ia dapat membantu kita lebih ceria dan berjaya pada tahun 2010.
Sekian.
No comments:
Post a Comment