Thursday, October 21, 2010

kalangan... ?

Salam 1Malaysia....,

Apabila saya tulis isu di kalangan dan dalam kalangan, banyak pandangan yang memberitahu bahawa kalangan itu adalah kata bilangan tidak tentu. Memang saya akui bahawa kalangan itu adalah kata nama bilangan tidak tentu. Tetapi, dalam tulisan saya itu, saya berbincang dari sudut pragmatik dan bukannya dari sudut golongan kata yang menjadi normatif. Misalnya, makan ialah kata kerja tetapi dari sudut pragmatik makan itu boleh sebagai arahan, ancaman dan lain-lain.

Dalam manuskrip lama tidak ada perkataan dalam kalangan. Hal ini menjadi isu kerana dalam manuskrip lama ada perkataan di kalangan (setakat yang diketahui). Oleh itu, tulisan saya mesti difahami dari sudut pragmatik dan bukan struktur yang dinormatifkan. Justeru dalam tulisan saya, saya tegaskan bahawa dalam kalangan itu adalah diterima bagi maksud normatif.

Seperkara lagi, kita bukan pencipta bahasa tetapi kita adalah pengguna bahasa. Tidak ada bahasa dicipta tetapi budaya yang mencipta bahasa dan masyarakat menggunakannya.

1 comment:

juilis69 said...

saya setuju pandangan cikgu. Kita melihat 'kalangan' pada perspektif yang lain. bagi pelajar --memadailah mereka faham penggunaannya pada konteks yang betul dan tidak terlalu berat..Perbincangan yg mencapah..