Saturday, August 16, 2008

Pesanan Kepada Pelajar SPM

Kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM 2008,
Waktu untuk menghadapi SPM sudah hampir, iaitu kurang daripada 100 hari. Lantaran itu, diharapkan murid-murid dapat menggunakan waktu yang ada ini dengan memberikan sepenuh perhatian pada pelajaran. Sesungguhnya, SPM penting kerana SPM merupakan titik mula untuk murid-murid menghadapi hidup sebenar, iaitu sama ada dapat menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi, menjadi penganggur atau sekadar mengikuti kursus di institusi latihan kemahiran. Oleh itu, fikirkan di manakah tempat anda selepas SPM? Ini tidak berlaku ketika di bangku sekolah rendah atau PMR kerana apapun keputusan peperiksaannya, kita tetap boleh bersekolah dan tak perlu fikir di mana kita akan pergi. Sebaliknya, SPM adalah "turning point". Lihat sahaja kepada mereka yang gagal dalam SPM, tanpa usaha membetulkan keadaan, mereka gagal dalam hidup.

No comments: