Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak

Tidak berapa hari lagi kita yang mengaku diri sebagai seorang Islam akan menyambut bulan Ramadan. Bulan Ramadan ini mempunyai banyak keberkatannya. Menyelusuri bulan Ramadan ini, semua umat Islam akan menjalani ibadat puasa. Sesungguhnya, ibadat puasa yang dilakukan oleh umat Islam merupakan amalan yang mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan diri. Hal ini telah dibuktikan secara kajian ilmiah. Memang jelas bahawa banyak penyakit yang dialami oleh sebilangan kita berpunca daripada makan dan makanan. Oleh itu, berpuasa adalah penawarnya. Justeru tidak hairan nabi Muhammad S.W.A. telah mengingatkan bahawa "Sesungguhnya aku adalah daripada golongan yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang." Lantaran itu, puasa bukan suatu amalan untuk menyeksa sesiapa tetapi puasa adalah amalan yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan diri dan pahala. Tidak hairanlah juga bahawa puasa turut diwajib kepada umat terdahulu, iaitu umat sebelum umat nabi Muhammad S.A.W. lagi. Berdasarkan banyak kebaikan berpuasa, ramai orang bukan Islam juga telah melakukan amalan berpuasa. Dengan ini, jelas bahawa Islam adalah agama yang praktikal dan sempurna, iaitu bukan sahaja berkaitan dengan akhirat tetapi juga hidup di dunia ini. Maksud tersirat yang dapat difahami daripada kewajipan berpuasa ialah manusia telah dicipta sebagai suatu kejadian yang sebaik-baiknya dan sebaik-baik kejadian itu dapat dijelaskan sebagai hebat. Jadi, manusia yang hebat ini diuji dengan puasa kerana pada masa berpuasa banyak amalan yang biasa dilakukan walaupun terlarang tidak dibuat. Tentu sahaja ia mendatangkan keresahan dan mencabar. Di sinilah, siapa yang hebat dapat menghadapi cabaran sepanjang berpuasa dan dialah sebaik-baiknya atau hebat. Malah, dengan berpuasa, sesorang itu melalui proses overhal. Proses ini tentu dapat memastikan kejadian sebaik-baik itu terus "tip-top" kerana ada proses maintainan secara tetap pada setiap tahun. Pun begitu, lakukanlah ibadat puasa kerana Allah S.W.T. dan bukan kerana faktor-faktor lain. Sesungguhnya, hidupku, matiku dan ibadatku kerana Allah S.W.T.
"Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Berpuasa" .

No comments: