Tuesday, October 28, 2008

Persidangan Guru Cemerlang

Majlis Guru Cemerlang Malaysia akan mengadakan persidangan pada 29 OKT. 2008 hingga 01 Nov. 2008 di Pearl International. Dalam persidangan Guru Cemerlang tersebut, beberapa kertas kerja akan dibentang.
Insyaallah persidangan pada kali ini akan dirasmikan oleh Y.B. Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, iaitu Menteri Pelajaran Malaysia. Moga Menteri Pelajaran Malaysia yang disanjung akan memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga guru cemerlang.



GURU CEMERLANG?
siapakah guru cemerlang........ ?
..... yang dilantik guru cemerlang dengan penilaian oleh pihak penilai yang berkecuali.
..... yang dicalon oleh pentadbir sekolah dan dinilai berdasarkan borang sahaja.
..... yang tekun mengajar di sekolah tanpa keluar memberikan sumbangan kepakaran.
..... yang asyik keluar memberi sumbangan kepakaran dan di sekolah buat kerja-kerja rutin.
..... yang mengajar di sekolah berasrama penuh dan kluster.
..... yang mengajar di sekolah tak penuh dan plaster.
..... yang mengajar dan terus belajar.
..... yang mengajar dengan ilmu yang ada.
..... yang mengajar guna komputer dan LCD.
..... yang mengajar guna papan batu.
...... yang asyik bersyarah dalam kelas.
...... yang senyap seribu bahasa sebagai fasilitator.
..... yang mengajar di bandar.
..... yang mengajar di ceruk desa.
..... yang pakai kereta vios enjin twincamp.
..... yang pakai wira enjin diesel.
..... yang asyik jadi hakim.
...... yang asyik jadi AJK sahaja.
..... yang dikeliling kawan.
..... yang dikeliling musuh.
..... siapakah guru cemerlang?

No comments: