Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH DAN MASIHI

ASSALAMUALAIKUM W.B.R. ......... SELAMAT TAHUN BARU !

Saya ucapkan Selamat Tahun Baru 1430 H dan 2009 M. Semoga pada tahun baru ini, kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Tidak ada yang hebat pada tahun baru ini, sekiranya kita masih di takuk lama, iaitu kita tidak berubah dari segi sikap dan matlamat hidup. Tidak hebat mananya tahun baru ini sekiranya kita asyik memasang cita-cita tetapi apabila meniti hari-hari pada tahun baru ini, kita masih berperangai lama seperti malas belajar, tidak menghormati ibu bapa dan guru, suka membuli rakan dan tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Sempena tahun baru ini, marilah kita mengangkat martabat diri, keluarga, bangsa, agama dan negara dengan memperlihatkan tahap keilmuan yang tinggi pada diri kita. Semoga ilmu yang dipelajari dan digunakan akan memberikan impak besar untuk kehidupan sejagat......

Untuk murid yang dikasihi, ikutilah program bimbingan SKOR A Berita Harian 2009, khususnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 SPM.

Selamat Tahun Baru 1430 H dan 2008 M !

No comments: