Wednesday, January 28, 2009

Terima kasih!

Salam perpaduan kepada cikgu Julius Markijol, Sabah.

Saya terharu kerana cikgu telah membaca blog saya ini. Bagaimanapun, saya lebih terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta berbanyak-banyak terima kasih kerana cikgu tertarik dengan buku Model Wawasan. Semoga kandungan buku tersebut dapat membantu cikgu mengajar ilmu mengarang kepada murid-murid. Saya yakin sekiranya murid-murid diajar ilmu mengarang, mereka mampu menjelmakan kebolehan mengarang masing-masing. Oleh itu, pengajaran karangan bukan hanya menyuruh murid mencari idea/isi dan sekadar menyuruh murid menulis karangan berdasarkan idea/isi tersebut. Murid perlukan ilmu mengarang bagi membolehkan mereka dapat mengarang. Tegasnya, pengajaran mengarang mempunyai dua komponen, iaitu ilmu mengarang dan latihan mengarang bagi meningkatkan kemahiran mengarang.

Buku Model Wawasan telah saya poskan pada 28 Jan. 2009 bersamaan hari Rabu.

Semoga cikgu berjaya !!!!!

Sekian.

2 comments:

juilis69 said...

Saya sudah membaca buku yang cikgu kirim tu, sangat berbaloi. Saya gunakan sebagai bahan rujukan saya dan pelajar SPM dan STPM di sekolah saya. Kalau ada buku baru mohon dikhabarkan.

Cikgu Juilis Mokujal
SMK.Narinang,
Kota Belud, Sabah

ajamsariah said...

Insyaallah, buku ditulis bersama GC Azizul Rahman dan GC Datin Mariam akan menyusul: Transformasi Karangan.