Sunday, March 15, 2009

EDUWEBTV

Assalamualaikum...

Sabtu 14 Mac, saya telah mengikut program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Dalam LDP tersebut telah didedahkan dengan program EDUWEBTV. Saya amat menghargai usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung EDUWEBTV tersebut. Pada pemerhatian saya, program ini amat baik untuk guru dan murid-murid. Justeru pada hemat saya, EDUWEBTV ini hendaklah diuar-uarkan oleh pihak sekolah menerusi peranan Guru Media dan Guru Bestari. Program yang sebaik ini jika tidak diheboh-hebohkan akan merugikan guru-guru dan murid-murid. Oleh hal demikian, diharapkan semua guru dan murid dapat berhubung dengan Guru Media atau Guru Bestari untuk mendapat panduan tentang penggunaan EDUWEBTV ini kerana program ini amat bermanfaat.

Syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas usaha memartabatkan pendidikan negara....!

Sekian dan terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum...?cikgu?sy shah azizul halim bin abd rezak dari kapar klang selangor...ape kabar?shat?boley xsy nk tahu lebih mendalam n sy nak tanya,apakah maksud keindahan bahasa slm peribahasa?boleh cikgu terangkn pada sy?ni email sy...shah87_az@yahoo.com...

ajamsariah said...

keindahan bahasa dalam penulisan boleh dibahagikan kepada :
a. penggunaan peribahasa
b. penggunaan slogan dan cogan kata
c. penggunaan kata-kata perbandingan
d. penggunaan frasa indah seperti kata yang merupakan perlambangan dan lain-lain.

Penggunaan a-d sesuai untuk penulisan kreatif. Bagaimanapun, dalam penulisan bersifat akademik adalah sesuai menggunakan a-b.

Sekian.