Tuesday, June 16, 2009

Pemantauan Guru Cemerlang

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada semua rakan guru yang telah mendapat kenaikan pangkat, iaitu menerima surat pelantikan pemangkuan guru cemerlang dalam pelbagai gred. Justeru kesyukuran dan keinsafan sahaja sebagai lambang kegembiraan atas kejayaan tersebut.

Saya dengan rendah diri juga mengingat diri dan rakan-rakan supaya mangakui bahawa kejayaan kenaikan pangkat itu bukan daripda kita seorang. Percayalah kejayaan itu sama ada disedari atau tidak atas sokongan keluarga, pengetua dan rakan-rakan guru lain serta murid-murid. Oleh itu, kembalikanlah kejayaan itu untuk mereka semua dengan sumbang bakti yang ikhlas.

Pada kesempatan ini, suka saya panjangkan makluman yang telah dikeluarkan semasa Wacana Intelektual Guru Cemerlang Negeri Melaka 2009 tempoh hari. Makluman tersebut daripada Puan Rogayah Ketua Unit Guru Cemerlang JNJK (Melaka). Menurut beliau, JNJK telah diberikan tanggungjawab untuk membuat penilaian kepada guru-guru cemerlang yang baru dilantik bagi tujuan pengesahan jawatan.

Besarlah harapan agar semua guru cemerlang yang baru dilantik akan menghadapi proses penilaian tersebut dengan baik. Terimalah proses penilaian tersebut sebagai suatu nilai yang tinggi, iaitu nilai yang membezakan guru cemerlang dengan guru biasa. Menerusi penilaian ini nescaya guru cemerlang akan dapat bergerak menepati slogan Kecemerlangan Berterusan.

Sekian.

3 comments:

juilis69 said...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada cikgu dan rakan-rakan yang telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang. Saya percaya gelaran GC akan dapat menjana kecemerlangan berterusan bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar yang dikasihi.

Salam dari saya

Juilis Mokujal
SMK.Narinang,
Kota Belud, Sabah

juilis69 said...

Tahniah kepada semua GC yang telah menerima watikah pelantikan baru-baru ini. Semoga kecemerlangan berterusan.

Cikgu Juilis Mokujal
SMK.Narinang
Kota Belud

ajamsariah said...

Terima kasih. Semoga kita semua cemerlang di dunia dan akhirat jua.