Saturday, January 16, 2010

Buku Terbitan 2010

Assalamualaikum... dan Salam 1Malaysia,
Saya bersyukur kerana pada tahun 2010 ini saya dapat menyumbang idea dan tenaga dalam penerbitan dua buah buku, iaitu Transformasi Penulisan Bahasa Malaysia SPM (Pelangi) dan Kupasan & Kajian KOMSAS Tingkatan 4 (Sasbadi). Semoga kedua-dua buah buku ini memberikan manfaat kepada warga guru dan murid di peringkat SPM. Dengan rendah diri
juga, saya berharap kedua-dua buku ini diterima sebagai jariah oleh Allah S.W.T.
Saya juga sedang menantikan dua buah buku lagi, iaitu Buku Kerja KOMSAS Tingkatan 4 dan Buku Model Soalan Bahasa Melayu SPM.
Kepada rakan guru dan murid yang membeli buku semua buku yang saya ada sumbangan dalam penerbitannya, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Saya amat menghargai sokongan rakan guru dan murid. Kalian amat berharga kepada saya...

Sekian dan terima kasih.

8 comments:

CikguRazak said...

Assalamualaikum Cikgu Azam,
Saya berkesempatan mengunjungi sebuah kedai buku di JB pada hari Sabtu lepas. Hasil perbualan dengan staf kedai tersebut, buku tulisan cikgu iaitu Komsas T4 terbitan Sasbadi laku macam goreng pisang panas. Dia mengatakan hari itu sahaja terjual 200 naskhah..waallahualam..jika ini benar, satu kejayaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama. tahniah..semoga terus berkarya.

ajamsariah said...

Terima kasih... hanya sumbangan kecil saya sahaja untuk rakan guru dan anak murid yang dikasihi.
Ini cikgu Razak SMK Alauddin ke?

juilis69 said...

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia, tahniah saya ucapkan kepada cikgu kerana berjaya menghasilkan buku rujukan komsas T4 tu..semua guru BM di sekolah saya menggunakan buku tersebut. Tahniah sekali lagi.

Cikgu Juilis Mokujal
SMK.Narinang,
Kota Belud

ajamsariah said...

Sumbangan kecil untuk rakan guru sahaja. Moga kita bersama-sama meningkatkan imej dan tahap profesionalisme keguruan.
Sekian dan terima kasih.

ajak8407 said...

Assalamualaikum,
Saya Cikgu Razak dari SMK Sri Tebrau, Johor Bahru. Buku ulasan komsas tulisan cikgu memang laku di Johor Bahru. Tempohari menurut seorang pembantu kedai di JB buku cikgu dijual melebihi 250..jika kata-katanya benar, satu kejayaan yang cemerlang untuk guru cemerlang. Buku karangan tulisan cikgu bersama Tn Hj Azizul Rahman dan Datin Meriam Mehad juga khabarnya laku. Buku tulisan Cikgu Khir Kassim juga menjadi rebutan. Semoga usaha ini dapat membantu lebih banyak pelajar untuk meminati komsas Bahasa Melayu. Selamat berkarya seterusnya.

Anonymous said...

Tahniah cikgu atas kejayaan ini. Semoga Allah terus memberkati usaha cikgu.

Blog Tuan Hamba said...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BERKENALAN DI ALAM SIBER BUAT TUAN PUNYA BLOG. SAYA TIADA KOMEN YANG JITU DAN MANTAP. CUMA TOLONG KLIK SEKALI SAHAJA DI MANA-MANA BLOG SAYA YANG DI SUKAI. SEKIAN TERIMA KASIH.
http://jutawanklik.com/?a_aid=bugis2010

Blog Tuan Hamba said...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BERKENALAN DI ALAM SIBER BUAT TUAN PUNYA BLOG. SAYA TIADA KOMEN YANG JITU DAN MANTAP. CUMA TOLONG KLIK SEKALI SAHAJA DI MANA-MANA BLOG SAYA YANG DI SUKAI. SEKIAN TERIMA KASIH.
http://jutawanklik.com/?a_aid=bugis2010