Friday, June 25, 2010

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah..... tanggal 26 Jun 2010 bersamaan hari Jumaat (sayidulaiyam)amat bererti kerana tarikh itu adalah tarikh kejayaan saya menghantar tesis Ph.D. Memang 12 Jun 2010 adalah tarikh membentangkan akhir tesis itu dan saya boleh hantar tesis selepas itu. Bagaimanapun, atas kesungguhan dan komitmen tinggi Prof. Madya Dr. Ab. Razak Ab. Karim yang mahu membaca tesis itu sekali lagi, akhirnya tesis itu berjaya dihantar pada tarikh tersebut. Sesungguhnya, saya amat terhutang budi dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Ab. Razak Ab. Karim yang telah bersungguh-sungguh membantu saya dalam memastikan tesis ini berjaya disiapkan dengan baik.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua individu yang nama kalian tidak mampu saya sebutkan satu-persatu tetapi telah membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Memang saya amat terhutang budi kepada kalian semua......

Sekian dan terima kasih.

No comments: