Wednesday, October 6, 2010

di kalangan atau dalam kalangan?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari ini kita temui ramai orang menggunakan ungkapan dalam kalangan dengan alasan bahawa di kalangan adalah salah.

Penjelasan 1:
Kita akan menggunakan di rumah, di bandar, di kebun dan seumpamanya dengan alasan bahawa penggunaan di itu adalah kata sendi untuk menunjukkan tempat. Berdasarkan alasan ini, telah dikatakan bahawa penggunaan di kalangan adalah salah dan perlu ditukarkan kepada dalam kalangan walaupun di kalangan itu sebenarnya membawa maksud merujuk tempat.

Penjelasan 2:
Bagaimanapun, apabila kita merujuk penggunaan di kalangan dengan teliti, ungkapan itu digunakan bagi tujuan merujuk tempat sebenarnya dan bukan untuk tujuan merujuk nama. Untuk merujuk nama akan digunakan kata sendi nama, iaitu pada dan kepada. Misalnya,

a. Hal ini akan dijelaskan kepada murid sekolah kita sahaja.
b. Hal ini hanya berlaku di kalangan murid sekolah kita sahaja.

Oleh itu, kalangan murid bukannya merujuk nama tetapi merujuk tempat. Hal ini perlu dianalisis dengan rapi sebelum kita dapat memahami maksud secara pragmatik.

Bagaimanapun, kita terimalah penggunaan dalam kalangan itu bagi tujuan keselarasan, iaitu apabila kita menetapkan bahawa kalangan murid dalam mana-mana konteks pun bukan membawa maksud merujuk tempat tetapi merujuk nama. Keselarasan ini mungkin dillakukan bagi memudahkan kita, terutama murid sekolah.

5 comments:

Izani Hj Daud, M.MLS said...

Kalangan merupakan penjodoh bilangan tidak tentu.

Izani Hj Daud, M.MLS said...

`kalangan' merupakan penjodoh bilangan tidak tentu.

Izani Hj Daud, M.MLS said...

`kalangan' merupakan penjodoh bilangan tidak tentu.

Unknown said...

salam,

cikgu tukar2 link cikgu

www.aisyamkimminas.blogspot.com

aliza said...

isshh cikgu
dalam kalangan murid bukan di kalangan kerana murid kn bukan kata arah.. rasanya