Tazkirah Ramadan...!
Bersempena Ramadan ini kita berdiskusi tentang sifat ikhlas, riak dan ujub.
Tidak ada orang yang ikhlas akan bersungguh-sungguh menguar-uarkan bahawa dia ikhlas melakukan itu dan ini. Amat ditakuti juga sekira yang berani melakukan dan berkata demikian, sebenarnya telah dimamah oleh sifat riak dan ujub. Hal ini disebabkan sikap bersungguh-sungguh menguar-uarkan bahawa diri ini ikhlas kepada orang lain juga merupakan tanda-tanda orang yang tidak ikhlas, riak atau ujub.
Insaflah bahawa ujub itu umpama semut hitam yang ada di batu yang hitam dan pada malam yang gelap-gelita lagi pekat hitamnya. Tentulah sifat ini sukar untuk diketahui oleh orang lain mahupun empunya diri. Berhati-hatilah dan nabi Muhammad S.A.W. telahpun mengingatkan dengan sabdanya bahawa Yasiirun riya'un syirkun.
Kesimpulannya, ikhlas itu manis di hati. Riak dan ujub itu pula manis dan terzahir di bibir.
Justeru bersempena Ramadan al-Mubarak, marilah kita menjadi insan yang insaf akan kelemahan diri dengan memperbanyak doa, iaitu "Ya Allah, berikanlah aku Selamat, Rahmat dan Berkat !" Inilah permintaan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kepada Allah S.W.T. ketika berhadapan dengan Allah S.W.T. sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj. Inilah juga yang kita doakan semasa tahiiyyat dalam solat. Moga semasa kaya, papa kedana, senang, susah, gembira, sedih, berdarjat, berilmu, bebal dan sebagainya, tetap dikurniakan selamat, rahmat dan berkat oleh-Nya.
Wa'Allah-u- a'lam -bi-sawaf...
Selamat berpuasa !
No comments:
Post a Comment