Assalamualaikum wbr.
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana limpah dan kurnia-Nya kita dapat sampai ke fasa ketiga bulan ketiga. Dalam fasa ketiga ini, ada suatu malam yang lebih berkat daripada seribu bulan. Malam itu ialah malam lailat-ul-qadar. Ada pendapat mengatakan malam lailat-ul-qadar pada malam ganjil dalam sepuluh terakhir Ramadan dan dikatakan juga malam lailut-ul-qadar ini pada malam 27 Ramadan. Jadikanlah semua itu sebagai petunjuk dan yang penting eksploitasilah sepuluh malam terakhir Ramadan.
Nah, apa yang hendak ditunggu lagi?
Pada murid-murid Islam, rebutlah peluang keemasan ini untuk berdoa untuk maksud memperolehi selamat, rahmat dan berkat-Nya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Begitu juga, banyakkanlah doa agar dikukuhkan dan ditingkatkan ketaqwaan dan keimanan serta diberikan akhlak yang cantik dan nafsu yang beriman. Banyakkan juga doa moga dianugerahkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan serta apa-apa yang diceburi. Pun begitu, doakan juga agar negara, negeri dan kampung halaman kita aman, makmur dan harmoni kerana cinta pada watan itu adalah sebahagian daripada iman.
Lantaran itu, jangan biarkan malam yang penuh keberkatan ini berlalu begitu sahaja. Tingkatkan usaha untuk berjaga malam bagi mencari malam lailat-ul-qadar ini. Murid UPSR, PMR, SPM dan STPM harus sedar bahawa lailat-ul-qadar ini merupakan anugerah istimewa untuk anda sebelum menempuh peperiksaan masing-masing selepas ini nanti.
Sekian dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment