Assalamualaikum wbr.
30 Ogos 2011, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Idil Fitri. Esok pada 31 Ogos 2011, seluruh rakyat Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke- 54. Semoga dua tanggal ini membawa suatu keinsafan kepada kita semua bahawa kita amat bertuah kerana meraikan Hari Raya idil Fitri dalam suasana harmoni. Kita juga perlu insaf bahawa jasa para perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan para pejuang seperti anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong, kita menikmati hidup di sebuah negara yang merdeka.
Pada kesempatan ini, diucapkan kepada semua rakan blogger Selamat Hari Raya Idil Fitri dan Selamat Ulang Tahun kemerdekaan Malaysia Ke-54.
Cuma ingin ditanya pada diri sendiri apakah sumbangan kita untuk memastikan generasi pewaris dapat meraikan Hari Raya di negara tercinta ini dalam suasana harmoni dan apakah sumbangan kita untuk memastikan generasi pewaris terus menikmati negara yang merdeka?
Jawapannya, guru ajarlah anak murid sehingga mereka menjadi orang, iaitu mereka dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara mengikut kemampuan mereka. Murid pula belajarlah bersungguh-sungguh dan apabila pandai dan bijaksana, segala kepandaian dan kebijaksanaan itu dipulangkan pada agama, bangsa dan negara. Pada masa yang sama, hendaklah dapat disuburkan sikap toleransi dan harga-menghargai dalam kalangan kita. Itulah tekad dan cita-cita yang perlu disematkan disanubari. Sesungguhnya, pada diri guru dan murid itu ada harapan besar negara tercinta ini.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin! Selamat Meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Transformasi Bejaya, Rakyat Sejahtera!
Sekian dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment