Tuesday, September 9, 2008

Selamat Hari Raya ! ! !
Tak lama lagi kita semua akan menyambut Idil Fitri... Secara mudah Idil Fitri ini bermakna kita sesuci dan sebersih anak yang baru dilahirkan, iaitu selepas melalui proses pembersihan dengan ibadat puasa. Memang Ramadan itu bermaksud panas. Dengan panas itulah segala nafsu yang mendorong kepada kejahatan dibakar.
Pada Idil Fitri ini marilah kita jadikan titik mula untuk seluruh umat Melayu / Islam bersatu. Lupakan segala perbezaan antara kita. Usahlah terlalu taksub dengan sesuatu pegangan kepartian atau individu kecuali junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. kerana apabila mati nanti, kita hanya berhadapan dengan Allah S.W.T. bukan si polan atau si polan yang kita junjung sampai nak mati di dunia fana ini. Tidak juga kita akan ditanyakan parti apa yang diikuti tetapi apakah agama kamu ?
Sesungguhnya, bersatu padunya kita menjadi satu umat Melayu / Islam ini hendaklah umpama sebuah bangunan yang kukuh. Sekira kukuh penyatuan kita, kukuhlah jua bangsa dan agama kita.

Terimalah Ucapan Ikhlas:

Selamat Melaksanakan Ibadat Puasa

dan

Selamat Menyambut Idil Fitri ! ! !
Daripada:
Mohd Azam Ahmad
Haslinda Lop Osman
Muhammad Afiq Mohd Azam
Muhammad Ammar Mohd Azam
Muhammad Aiman Mohd Azam
Qaseh Aznida Sari Mohd Azam

1 comment:

. said...

Selamat Hari Raya Zam.... Harap kau dan keluarga sehat.. Betul ke Rahmat Md.Noor dah mengajar kat sekolah engkau?