Wednesday, January 28, 2009

Kenali Penutup Karangan

Dalam karangan jenis perbincangan, selalunya kita sebut bahawa perenggan penutup adalah perenggan kesimpulan, iaitu di akhir karangan. Bagaimanapun, dalam karangan jenis surat kiriman, syarahan, perbahasan pertandingan dan wawancara, perenggan kesimpulan adalah kesimpulan dan penutup adalah penutup, iaitu dua yang berbeza.

Sebenarnya, dalam karangan perbincangan, komen, pendapat dan seumpamanya akan diakhir dengan perenggan kesimpulan sama ada kesimpulan fakta, kesimpulan pendapat dan harapan sebagai penutup karangan. Penutup ini disebut sebagai penutup idea/isi karangan.

Sementara dalam karangan jenis surat kiriman, syarahan, perbahasan pertandingan dan wawancara pula akan mengandungi perenggan kesimpulan sebagai penutup idea/isi karangan dan penutup wacana komunikasi karangan. Penutup wacana komuikasi karangan ini seperti memohon kemaafan dan pernyataan harapan dan ucapan sekian dan terima kasih.

Oleh itu, diharapkan murid dapat membezakan dua jenis pengakhiran karangan dengan istilah penutup idea/isi karangan dan penutup wacana komunikasi karangan. Semoga murid tidak terkeliru dengan istilah penutup karangan.

2 comments:

Anonymous said...

azam..

blog yang hebat, hebat dengan tulisan yang bermutu. semoga dapat teruskan usaha murni ini...

salam blog

hafiz paijo
btpn melaka

Anonymous said...

salam cikgu
mintak tolong yee
ade tak karangan mengenai maritim
yang boleh dijadikan contoh
...

pakasayo@yahoo.com.my