Monday, July 19, 2010

Tahniah !... Sabar!

Assalamualaikum...

Saya baru sahaja menerima khabar daripada dua orang rakan, iaitu seorang dari kelantan dan seorang dari Melaka. Khabar yang diberitahu bahawa mereka telah pun menerima surat pemangkuan pangkat sebagai Guru Cemerlang DG 48 (KUP). Saya ucapkan tahniah kepada mereka berdua. Moga pelantikan itu menjadi pemangkin untuk menggerakkan usaha memajukan prestasi anak bangsa. Moga kenaikan pangkat itu menjadi suatu rahmat dan diberkati. Mohon dijauhi oleh Allah akan kenaikan pangkat itu sebagai suatu istidhirat.

Mereka yang masih belum terima surat, saya harap bersabar. Sekira ada rezeki, insyallah akan dapat jua. Takkan lari gunung dikejar...Andai gagal dalam permohonan lalu, cuba lagi apabila ada iklan baharu.

Dalam berita hari ini, iaitu dalam ruangan surat pembaca, ada permintaan agar nazir memantau guru cemerlang yang dilantik atas pencalonan pengetua semata-mata. Pengirim surat itu mengistilahkan Guru cemerlang ini sebagai Guru cemerlang Percuma...!!! Berhubung perkara atau isu ini, sukar untuk diperdebatkan. Cuma nasihat yang mudah, Guru cemerlang yang memperoleh secara mudah itu elok muhasabah dengan meningkatkan prestasi kerja. Biarkan kata-kata kurang enak pada awal tetapi akan lenyap akhirnya apabila prestasi kerja yang cemerlang dapat ditunjukkan. Yang merasakan Guru Cemerlang Percuma itu sebagai tidak adil, elok juga muhasabah dengan menerima hakikat bahawa itu rezeki mereka yang telah ditakdirkan. Doakan mereka itu dapat menghayati slogan Guru Cemerlang Malaysia, iaitu "Kecemerlangan Berterusan". Marilah berlapang dada. Usah biarkan perasaan prejudis menguasai diri kerana tidak elok akhirnya nanti.

1 comment:

NORAZA AZIZ said...

nmemang saya akui ada guru yg sekali dinilai oleh nazir tlh dpt GC sedangkan hakikatnya, tak nampak sumbangan yg cemerlang di sekolah.nazir patut pantau beberapa kali agar kecemerlangannya sahih.