Tuesday, August 17, 2010

Bengkel Penulisan Teks Ucapan GC BM Jasin Ke-2

Assalamualaikum...
Pada 09 Ogos 2010 di PPD Jasin, GC BM Daerah Jasin telah berkumpul kali kedua untuk bengkel penulisan teks ucapan. Dalam bengkel ini, Encik Mohd Azam Ahmad membentangkan kaedah dan panduan dalam menulis teks ucapan seperti:
a. Persona
b. Peristiwa Bahasa (Speech Event)
c. Audien
d. Maklumat dan Fakta
e. Bahasa yang secukup

Selepas
pembentangan dilakukan, dianalisis teks ucapan yang telah ditulis oleh peserta bengkel. Analisis yang telah dilakukan secara bersama-sama telah memberikan kemahaman yang jitu berkaitan penulisan teks ucapan.

Bengkel ini akan disambung lagi pada 19 Ogos 2010 di PPD Jasin pada pukul 2.30 petang.

GC BM Jasin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, iaitu Hajah Nora Abu Bakar atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan bengkel ini.

Sekian.

1 comment:

juilis69 said...

Syabas...teruskan kecemerlangan sebagai GC Bahasa Melayu


Juilis Mokujal
Kota Belud, Sabah