Salam.....,
Ramai yang berani mengatakan bahawa Sabor tidak akan ditanyakan dalam soalan pemahaman prosa tradisional. Mereka memberikan alasan bahawa teks itu mengandungi pelbagai unsur lucah.
Memang benar semua unsur lucah akan bertambah-tambah kelucahannya sekira dipandang dari pemikiran lucah. Sebaliknya, sekira dilihat unsur lucah dengan pemikiran positif, unsur lucah itu boleh menjelmakan nilai positif. Dengan alasan ini mengapakah tidaknya, teks Sabor ditanya sebagai soalan pemahaman prosa tradisional bagi menilai pemikiran analitik murid.
Seperkara lagi, kalau tidak boleh ditanya dalam soalan, untuk apakah teks itu dimasukkkan dalam antologi dan dipelajari di sekolah? Sedangkan kemasukan teks itu dalam antologi bukan percuma tetapi perlu dibayar royaliti. Justeru kalau tidak bermanfaat teks Sabor itu bermakna selama ini terpaksa dibazirkan sahaja pembayaran royaliti itu. Keadaan ini tidak mungkin berlaku. Jadi, alasan ini merasionalkan bahawa teks Sabor boleh ditanyakan kepada murid dalam soalan prosa tradisional.
Malah, dalam teks Sabor juga ada bahagian yang tidak menampakkan unsur kelucahan. Tentu sahaja dan mengapakah tidaknya, bahagian ini ditanyakan dalam soalan.
Oleh itu, berhati-hati dengan pendirian yang agak membuta-tuli yang mengatakan bahawa Sabor tidak akan ditanya dalam soalan pemahaman prosa tradisional. yang lebih elok, semua prosa tradisional itu dipelajari kerana prosa itu mengandungi banyak nilai dan pemikiran yang boleh dijadikan panduan. Tindakan meninggalkan mana-mana prosa tradisional dengan pendirian yang melulu adalah tidak bijaksana.
Tunggu ....! Insyaallah akan dikeluarkan soalan berkaitan teks Sabor dalam artikel yang menyusul nanti.
No comments:
Post a Comment